Blogger Backgrounds

Wednesday, August 18, 2010

laporan lawatan ke cameron highland

Jumaat,30.07.2010

KRING!jam loceng berdering menunjukkan jam 6.oopagi.Aku bergegas bangun dari katil dan bersiap-siap untuk ke sekolah.Hatiku melonjak-lonjak kegembiraan menantikan saat untuk ke sekolah kerana pada hari ini,aku akan mengikuti lawatan ke Cameron Highland.Pelajar diberitahu agar berada di teratak sekolah pada jam 7.30pagi dan aku tiba pada jam 7.20pagi.Kelihatan semua pelajar berada bersama kumpulan masing-masing seperti tingkatan 2 bersama pelajar-pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 bersama-sama pelajar tingkatan 4,kelihatan tiada ikatan silaturrahim yang terjalin disitu.Jam di tanganku menunjukkan pukul 7.30pagi,guru yang bertugas mengambil kedatangan pelajar,kesemua 40orang pelajar yang terdiri daripada 14 lelaki dan 26 perempuan diiringi oleh 4 orang guru yang terdiri daripada Pn.Norliza,Pn.Suhanim,Pn.Suzana dan Cik Nor Wahidah tiba tepat pada waktunya.

Pada jam 8.00pagi,kelihatan kelibat bas ke Cameron Highland terpampang di hadapan pagar sekolah.Guru-guru mengarahkan kami untuk menaiki bas dengan segera.Bekalan makanan juga disediakan untuk kami mengisi perut di perhentian pertama.Cikgu membuat kiraan untuk memastikan pelajar-pelajar cukup sebelum bertolak.Apabila bilangan pelajar mencukupi,bas pun mula bergerak pada jam 8.15pagi.Pemandunya begitu cermat dan berhati-hati menyebabkan pelajar-pelajar girang hati.Perhentian pertama kami pada jam 10.17pagi di perhentian Tapah.Kami berhenti selama setengah jam untuk mengisi perut dengan bekalan yang disediakan pada pagi dinihari.Selepas setengah jam,kami bertolak semula.Pada mulanya,perjalanan agak menarik dan tiada kesesakan tetapi lama-kelamaan,jalan menjadi bengkak-bengkong.Menunjukkan bahawa kami sudah menghampiri Cameron Highland dan bas yang kami naiki menggunakan jalan baru.Alhamdulillah,kelihatan semua pelajar tampak tenang tanpa ada yang pening.

Selepas itu,bas berhenti pula di Avant Chocolate pada jam 12.15tengahhari.Ketika itu,pelajar-pelajar dibenarkan ke tandas atau bergambar disitu.Masa yang diperuntukkan ialah 15minit.

Kami meneruskan perjalanan dan akhirnya kami selamat tiba di apartment yang kami akan menginap.Kami tiba tepat pada jam 2.30petang.Sementara menunggu untuk mendapatkan kunci bilik masing-masing,kami bersantai sebentar sambil bermain-main dengan anak-anak cikgu yang mengikuti lawatan ke Cameron Highland ini.Setelah mendapatkan kunci bilik bagi setiap kumpulan.Kesemuanya 6apartment yang disewa selama satu malam termasuk aparment guru.Cikgu telah melantik seorang ketua bagi setiap bilik.Setiap bilik mempunyai antara 7 hingga 9 ahli.Kelihatan apartmentnya bersih,teratur dan semestinya sejuk walaupun tanpa kipas.Bilik no.1 merupakan bilik utama untuk penyediaan makanan dan minuman.Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya,kami diarahkan untuk menunaikan solat jamak taqdim dan mempersiapkan diri dalam pukul 3.15petang.

Setelah 3.15petang,semua pelajar menaiki bas dan menuju ke “Cactus Valley”.Kami harus melalui bukit untuk tiba di Cactus Valley tersebut.Setelah tiba disini,kelihatan di sebelah kanan adalah tanaman strawberi dan sebelah kiri pula adalah sayur-sayuran.Dibahagian hadapan pula,terdapat satu kafe dimana ia menjual pelbagai hidangan perisa strawberi.Kami menjamu selera dan bergambar riang di Cactus Valley.Pelajar-pelajar kelihatan semakin erat dan tidak kelihatan lagi berada di kelompok yang berbeza lagi.Tingkatan 4 dan 2 umpama saudara sendiri walaupun baru sahaja berkenalan.Malah,hubungan antara murid dan guru juga bertambah erat.Kami menikmati setiap saat di Cactus Valley sehingga 5petang dan kemudian bergerak ke pasar malam.

Kami tiba di Pasar malam pada jam 5.30petang.Ketika di pasar malam,pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk bergerak bersama kumpulan sendiri.Di Pasar Malam,pelajar-pelajar membeli cenderamata serta makanan ringan untuk dibawa ke apartment.Selain itu,pelajar-pelajar juga kelihatan bermesra dengan peniaga-peniaga di Pasar Malam.Ada yang bergurau-senda,ada yang usik-mengusik seolah-olah sudah lama kenal.

Jam 7.00malam,semua pelajar berkumpul di bas untuk pulang ke apartment.Malam itu,pelajar-pelajar diberi hidangan nasi tomato,roti dan kuih-muih.Pada malam ini,kelihatan bintang-bintang di langit menerangi cahaya malam,anginnya berbaur segar dan dingin ditambah pula dengan cuaca hujan.Suasana malam di Cameron Highland berbeza dengan Kuala Lumpur.Kami terlelap dan tidur lena dengan berselimut.Tidak sabar menantikan hari esok.Namun,kesedihan juga dirasai untuk berhadapan dengan hari esok kerana esok merupakan hari terakhir kami di Cameron Highland.

Sabtu,31.07.2010

Kedengaran jam loceng di telefon bimbit seorang rakan apartment pada jam 6.00pagi.Tanpa melengahkan masa,fardhu subuh ditunaikan kemudian melelapkan mata sebentar.Jam 7pagi, kami bangun semula dan mandi mengikut giliran.Selepas itu,8.15pagi kami menikmati nasi lemak bersama the panas.Tepat jam 10.00pagi,kami check out dari apartment.Hari ini,kami akan melawat 5tempat di Cameron Highland iaitu ladang lebah,ladang strawberi,ladang the,kampung orang asli dan air terjun Latar Iskandar.

Hari ini,lawatan pertama kami ialah ladang lebah.Kami bertolak dari apartment pada jam 10.15pagi apabila semua pelajar sudahpun memenuhi tempat kosong di dalam bas.Pada jam 11.30pagi,kami tiba di ladang lebah.Kami perlu melalui laluan yang disediakan.Terdapat pelbagai bunga-bunga yang berwarna-warni menghiasi Ladang lebah tersebut.Kelihatan banyak lebah yang terbang di sana sini mencari madu di setiap bunga.Lebah tersebut tidak akan sengat sekiranya tiada orang yang menganggunya.Madu lebah mempunyai banyak khasiat seperti mengembalikan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah dan mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.Kecantikan di ladang lebah menarik hati kami untuk bergambar bersama guru-guru dan rakan-rakan rombongan yang lain.Tepat 1jam,kami kembali ke bas dan bergerak ke ladang strawberi dan pasar yang berdekatan.

Kami tiba di ladang strawberi pada jam12.45tengahhari.Perjalanannya mengambil masa selama 15minit sahaja.Kami diberi masa selama 1jam untuk melawat ladang strawberi.Straberi dikawasan ini kelihatan merah dan segar kerana sesuai dengan suhu tanaman strawberi.Selepas itu,kami bergerak ke pasar pagi dengan berjalan kaki.Di pasar pagi,terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang tiada di Kuala Lumpur seperti jambu epal.Terdapat beberapa orang pelajar yang membeli belah di pasar pagi.Setelah menikmati keseronokan di Ladang Strawberi dan pasar,kami berhenti sebentar untuk berehat dan menjamu selera dengan nasi putih berlaukkan ayam masak merah di sebuah taman dari jam 2.30petang hingga 3.30petang.Selepas itu,kami akan singgah di suatu tempat yang sememangnya wajib untuk kita melawat sekiranya berada di Cameron Highland iaitu Ladang The.

Kami bertolak pada jam 3.30petang dari taman rekreasi dan tiba di Ladang The pada jam 4petang.Keadaan dI Ladang The bergunung-ganang,tanahnya merah dan licin kerana ketika itu hujan baru sahaja membasahi bumi.Terlalu ramai orang yang terjatuh ketika itu tetapi tidak ada yang tercedera.Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menangkap gambar di Ladang Teh.Ada yang tidak mahu mengalah dengan membeli teh sebagai ole-ole untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur nanti.Pada jam 5petang,kami kembali ke bas.

Kini hanya tinggal 2destinasi sahaja lagi.Kali ini,kami akan menuruni bukit dengan menggunakan jalan lama.Jalan lama kelihatana lebih mencabar kerana dipenuhi hutan dan gaung.Pada jam 5.20petang,kami turun dan singgah sebentar di Kampung Orang Asli di lereng bukit.Rumah mereka hanya diperbuat daripada kayu dan atapnya daripada daun nipah.Cikgu juga tidak melepaskan peluang berkongsi cerita mengenai kehidupan orang asli,beliau mengatakan bahawa orang asli akan ke sekolah apabila mereka mempunyai duit dari hasil jualan mereka sahaja.Sekiranya mereka tidak mempunyai duit,maka mereka akan meneruskan kerja mencari hasil hutan.

Setelah kami berada di Kampung Orang Asli,kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Latar Iskandar di lereng bukit.Pelajar-pelajar kebanyakannya merendam kaki sahaja,airnya jernih dan kelihatan bersih.Kedinginan air tersebut terasa.Pelajar-pelajar dan guru-guru sibuk bergambar dengan pelbagai “pose.Tidak mahu melepaskan peluang memandangkan air terjun ini merupakan destinasi terakhir di Cameron Highland.Ketika masing-masing seronok bergambar,tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi.Pelajar-pelajar kelam kabut melarikan diri menuju ke bas.

Jam 6.15petang,bas bertolak semula dari air terjun,kelihatan semua pelajar dalam keadaan gembira sambil bernyanyi.Namun,kesedihan turut dirasai.Masing-masing seolah-olah mahu berada di Cameron Highland lebih lama lagi kerana tidak puas.Pada jam 6.40 petang,kami selamat turun dari Cameron Highland dan 5minit kemudian,kami berhenti di perhentian Tapah untuk menunaikan solat jamak takhir bagi solat asar dan zohor.Setelah itu,cikgu memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menjamu selera dan selepas itu,menunaikan solat maghrib dan isyak.Kami diarahkan untuk tiba semula di bas pada jam 8.15malam.

Tepat pada jam 8.20malam,kami bertolak.Pelajar-pelajar dan guru-guru kelihatan penat tetapi terserlah kegembiraandi sebalik keletihan.Namun,ada juga pelajar-pelajar yang tidak mahu melepaskan saat-saat akhir ini dengan menangkap gambar bersama-sama ahli rombongan.Jam 10.00malam,Allah S.W.T mengizinkan kami selamat tiba di sekolah dan pukul 11.00malam,semua pelajar selamat pulang dengan kehadiran ibubapa masing-masing.

Lawatan ini,memberi saya seribu satu kenangan yang indah dan teristimewa buat saya.Malah,ia memberikan pelbagai impak yang positif.Saya juga dapat melihat,pelajar-pelajar yang pada mulanya hanya berkenalan sebagai rakan 1sekolah,kini kami mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.Malah,setiap ahli yang menyertai lawatan ke Cameron Highland seperti satu keluarga besar walaupun hanya 2hari sahaja.Tambahan pula,disiplin pelajar juga kelihatan terkawal dan terurus.Saya berharap agar lawatan seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang untuk memupuk semangat persahabatan,keakraban dan kerjasama antara satu sama lain.

0 comments: